Thursday, April 15, 2010

My "X" project reveal...

Pada aku ilmu pancingan ini luas..masih banyak lagi teknik dan ilmu yang aku rasa perlu dipelajari dan didalami..
semasa pemergian kami ke Miri tempoh hari,aku telah dapat mempelajari sedikit ilmu dan teknik untuk satu lagi gaya pancingan..terima kasih buat rakan-rakan di Miri..
sekembalian saja ke Pulau ini..aku terus mencuba...dan akhirnya pada 7hb April 2010 satu lagi seni pancingan dapat ku realsasi kan di mulut ikan..

kerapu kecil yang menjadi spesis pertama tertewas dalam aku masih lagi terkial-kial dalam seni ini..

terima kasih pada PakMan(Miri)..umpan mu berjaya menumpaskan sikecil ini

kejayaan kecil ku ini telah menjadi satu pendorong semangat..satu anjakan pradigma..teknik harus di halusi..layangan mesti ku baiki..aku fokus kembali..kenang kembali..teknik yang di perturunkan saudara Abu Syarani(Miri) berlegar dalam kepala..

setelah puas aku melayang tanpa hasil..tempat seterus nya ku terjah..di sini lah aku dan rakan-rakan selalunya menggunakan replika ikan yang berbadan keras untuk memburu..sedang kali ini aku cuma bersenjatakan Wt5,berpelurukan matakail yang berbuluan..semua set kegemaran ku sengaja ku tinggal kan..bukan apa jikalau ianya ada pasti aku cuma akan tahu teori gaya ini tanpa men"amali"kan nya..

bekas simpanan umpan buluan ku buka sekali lagi..popperfly pemberian Atong Cibuti(Miri)..ku cuba layang kan..susah..payah..itu yang kurasa kan..namun demi ilmu aku terus jua mencuba..cuba..cuba...satu letupan kecil meletus di atas air..ku sentak..ia tertewas jua...

poperfly tersemat di bibirnya..

sibulan yang dapat ku potret kan dan akhirnya ku lepaskan kembali..

sekian (kerana ini lah aku tidak ter"join" rakan lain men"Casting"..hihihhi..sori aa geng)

CHOW!!!

No comments:

Post a Comment